Feeds:
Posts
Comments

Sepohon Kayu…

Ketika itu, sedang Melati asyik melemparkan pandangannya nun jauh di kejauhan, sekonyong-konyong wasap lembaga hitam muncul di belakangnya. Tidaklah perasan Melati akan kejadian itu oleh sebab terlalu dalam di alam mimpinya….

Tahniah, kepada para guru yang selepas ini dapt meneruskan kerja mereka dengan lebih mudah dan lebih bertenang tanpa perlu terkocoh-kocoh pergi ke kelas Bahasa Inggeris.

Ya, aku kalah dari segi pendapat. Dari segi rasional dan kajian, aku masih berjuang.

Tahniah kepada keputusan flip-flop oleh kerajaan.

Tahniah kepada semua. Semoga dengan ini kualiti PnP akan bertambah baik dan meningkat.

Salam

This post is password protected. To view it please enter your password below:


PPSMI patut dimansuhkan?
Abang-abang/pakcik-pakcik aliran BM pada tahun 1971 kini ramai berjaya?
Angkasawan negara berjaya walaupun belajar dalam BM?

Saya suka PPSMI. Saya suka anak-anak saya, adk-adik saya belajar dalam BI. kalau boleh, biarlah semua subjek kecuali agama, moral dan BM diajar dalam BI.
Mengapa? Supaya generasi akan datang lebih awal terbiasa dengan BI.
Kenapa? Kerana pabila dewasa di alam universiti/kolej, HAMPIR SEMUA rujukanberada dalam BI.
Apa? Dewan Bahasa dan Pustaka mahu terjemah kepadaBM kah semula rujukan itu?
Kalau disuruh belajar bahasa Arab atau bahasa yahudi pun saya redha. Kerana ilmu kuturutkan, kerana bangsa hanya pada nama, Agama tiang hidup, dan tuntutlah ilmu hingga ke negara China, Jepun, Laos, Israel dan juga Venezuela..

Majulah bangsa Malaysia.

Bijak Wang

Salam.
Entry kali ini adalah berkisar mengenai pengurusan kewangan. Rata-rata tahu bahawa kad kredit merupakan salah satu alat yang memudahkan kita dalam proses pembayaran elektronik dan fizikal. Namun, ramai juga orang yang muflis kerana kurang bijak menggunakan kemudahan ini. Tetapi, tahukah anda bahawa kad kredit berupaya membantu anda dalam meningkatkan status wang simpanan anda? Jangan terkejut.Mungkin ada yang tahu tetapi tidak sedar, dan ada yang langsung tidak tahu.

Begini caranya untuk memaksimumkan ringgit anda ..

untitled

Tapi, 1 perkara iaitu anda harus make sure that tarikh akhir membayar amaun dalam kad kredit adalah selepas gaji anda masuk atau terbaik-> KETIKA MINGGU PERTAMA setiap bulan…

Klik untuk besarkan

pic04827

Klik untuk besarkan

pic05436

memo_solat

memo_solat

Dear All, this is the latest transformers movies (sequel) from last year’s movie. I also upload a trailer for you guys ..

The battle for Earth has ended but the battle for the universe has just begun. After returning to Cybertron, Starscream assumes command of the Decepticons, and has decided to return to Earth with force. The Autobots believing that peace was possible finds out that Megatron’s dead body has been stolen from the US Military by Skorpinox and revives him using his own spark. Now Megatron is back seeking revenge and with Starscream and more Decepticon reinforcements on the way, the Autobots with reinforcements of their own, may have more to deal with then meets the eye.

Kita dapat lihat apa yang berlaku di sana.. Bagaimana tampuk pemerintahan Nizar dikecamukkan oleh pihak-pihak tertentu sehinggakan Zambry memegang jawatan MB untuk beberapa ketika.

Ketika Sultan campur tangan dan memberikan pendapat tentang jawatan MB, ramai yang melenting. ramai yang selama ini berpayungkan pemerintahan Tuanku sanggup mencemuh dan berderhaka kepada Tuanku Baginda.

Tak kurang juga yang tidak sedarkan diri untuk memfailkan saman kepada Baginda dan secara tak langsung mengganggu gugat institusi Raja-raja Melayu.

Ini pandangan penulis…Sila teliti..

Tuanku adalah seorang bekas ketua hakim negara pada 1983. Juga pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya , Hakim Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Pengetahuan tentang institusi kerajaan, Beraja, perlembagaan dan struktur pemerintahan negara tentulah difasihi beliau. Namun, apa rasionalnya tindakan beliau seketika dahulu , apabila Nizar terpaksa turun kerusi dan apa yang kita mungkin dapat lihat?

1- Tuanku dapat lihat perpecahan di kalangan rakyatnya yang mana selama ini bersatu di bawah 1 bumbung, kian meruncing lebih-lebih lagi ketika pilihanraya yang lepas
2- Maka Tuanku perlu melakukan sesuwatu untuk menyatukan kembali rakyatnya dan menstabilkan keadaan politik di Perak
3- Kes Nizar seperti yang kita lihat, kini Nizar kembali menjadi MB(oleh mahkamah tinggi KL) tetapi pada masa yang sama Zambry juga masih MB sehingga kes Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) ditentukan kelak
4- Nizar masih dijemput menghadiri majlis penanugerahan pingat di istana walaupun orang berkata hubungan Nizar-Istana tidak baik
5- Perak mungkin diterajui 2 MB atau parti pembangkagn dan BN bekerjasama.
6- Kembali bersatu bawah 1 bumbung walaupun iktikad lain-lain.

p/s –> BN sehendaknya faham akan maksud pembangkang yang memperkatakan tentang syarat untuk duduk semeja dan bukannya mentah-mentah mengatakan pembangkang tidak menghormati BN. Pembaca, sila tanya uncle google tentang syarat yang disebut-sebut pembangkang untuk duduk semeja atau buka saja wesite akhbar online parti itu..

# Pakatan Rakyat mahu bubar DUN Perak
# BN kemuka rayuan hari ini: Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.

“Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.

“Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak,” katanya.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.

“Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya,” katanya.

Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan.

“Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata.

“Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain,” katanya.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN.

“Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti.

“Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu,” katanya.

Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian.

Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan ‘perlu meletak jawatan’ dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud ‘mandatori’ serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong.

“Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud ‘mandatori’, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya,” katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP.

Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah.

Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan ‘diarahkan’ mempunyai erti yang mendalam.

“Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN kerana perkara itu tidak boleh diadili.

“Sultan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan DUN,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry membuat permohonan secara lisan bagi memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan Abdul Aziz itu, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Abdul Aziz bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta Cecil membuat permohonan secara bertulis berserta ikatan autoriti.

Ihsan berita harian

Older Posts »