Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas hampir empat tahun memikul tanggungjawab itu, berkuat kuasa serta-merta.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang digugurkan daripada menyertai barisan Kabinet 2008, berkata keputusan Perdana Menteri untuk tidak melantiknya semula sebagai anggota Jemaah Menteri adalah isyarat bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan dalam kerajaan.
Malah, Ahli Parlimen Kangar itu tidak menolak kemungkinan adanya tekanan yang mendorong beliau berundur dan pada masa sama berharap tidak ada pihak yang beranggapan keputusan itu mempunyai kaitan dengan isu pelantikan Menteri Besar Perlis, baru-baru ini.
Nampaknya kestabilan dalam BN atau UMNO secara spesifiknya kelihatan goyah musim ini. Pak Lah menghadapi cabaran daripada pelbagai sudut. Daripada golongan rakyat, pembangkang mahupun ahliparti sendiri masih belum menyedarkannya daripada lena.
Desas-desus tentang perasaan tidak puas daripada peringkat Puteri dan Wanita UMNO tidak dapat dibendung lagi. Rata-rata ahli mempersoalkan mengapa Rafidah dan Halimah tidak memegang portfolio penting dalam kabinet, sedangkan mereka memperolehi kemenangan besar tahun ini. (terutama Halimah yang menang majoriti lebih 10,000 undi).
Walaupun Khairy dan Mukhriz kelihatan tidak bertegang urat di hadapan media, namun ahli parti dapat melihat wujudnya semangat berpuak-puak danĀ ‘mengibas-ngibas’ yang semakin ketara. Adakah Mukhriz itu catur kepada Tun Dr Mahathir, atau Khairy merupakan batu loncatan kepada Anwar Ibrahim?
Dengan berita Anwar yang sedia menubuhkan kerajaan pada bila-bila masa jika tumbang kerajaan pusat kali ini, pastinya kita sebagai rakyat akan turut merasa kesannya. Walaupun Anwar mengesahkan bahawa beliau sendiri berjumpa wakil-wakil pelabur (yang melabur di Malaysia) dari luar negara mengenai kestabilan politik dan prosesĀ pertukaran akan dijamin tidak menimbulkan huru-hara, namun tetap wujud kerisauan di kalangan mereka.
Astaghfirullah..





