Hisyamuddin tak mahu perubahan drastik pada pakaian seragam (perempuan), dengan alasan bimbang jika ibu bapa terbeban… Mana lagi beban, anak-anak kita diganggu secara seksual atau mengeluarkan belanja untuk pakaian seragam?
UMNO pula, tak habis-habis dengan kisah huru-hara antara Det-Pak Lah-Mukhriz-KJ. Hampeh.. Dalam sedar, dok kelahi. Dalam sedar, Batu Puteh terlepas. Dalam sedar, beras tak cukup-cukup. Apa dah senang sangat ke hidup Dato-dato kat Mesia ni kalo da takde mende lain nak sebok kat paper? Susah sangat, masukkan Det bawah ISA. Susah ke? Adakah apa yang Tun cuba lakukan sekarang ni benar-benar kata hatinya; atau untuk menaikkan Mukhriz; ataupun memang nak mencungkil bakat Pak Lah?
Masih kisah Datuk Siti. Bila nak setel weii? Boring laa, muke ni je..
Metro Ahad, kisah artis berbaju renang? Alahai..Nak salahkan sape? Biarlah, lantak dia nak pakai pe. Korang gak yang syok tengok nanti. Kalau nak salahkan masyarakat, tengok dulu pada sistem. Sistem dan Kerajaan; lebih tepat. NI baru mende kecik. Banyak lagi kes XXX-Rated kat Mesia ni. Sapa yang dok galakkan maksiat? Sapa yang dok suka mendidik rakyat untuk ke pesta-pesta lagho, ke konsert-konsert, majlis amal konon.. Huhh.. Sampah laa wei, kalo Menteri2 ni dok bising2 pasal generasi pelapis. Bimbang kononnya, dengan masalah sosial yang meningkat. Engkorang yang sengal… PLKN, lagi banyak rosak dan mati daripada menjadi. Nak lagi? Nah ambil ni..Kolej Matrikulasi..Baik2 cemerlang SPM terus lupa diri bila masuk sini..
Malaysia 50 tahun akan datang :
1. Makanan ruji bukan lagi nasi, tetapi ubi
2. Ramai yang lebih tahu pasal Mawi daripada al-Tantawi
3. Berbogel di pantai adalah perkara biasa, sedangkan di tengah bandar pun ramai yang sudah sedia ‘bogel’
4. Alkohol, judi dan perempuan perkara biasa dalam kehidupan
5. Rumah Kenangan semakin banyak, dan anak terbuang memenuhi setiap sudut
6. UMNO bubar, disebabkan ahlinya sendiri?
7. MCA/MIC/PPP/Gerakan/PKR bergabung menjadi parti Kebangsaan Malaysia..
HAHAHAHAHA..gelak tawa untuk tindakan lawak dato-dato, para tan sri, datin-datin dan ahli politik yang majoriti masih tidur..
HUHUHUUHUHU…tangis sendu untuk anak-anak cucu aku, dan generasiku..yeah, generasiku, generasiku..(rentak OAG)






Setuju dengan Amankim…
lama sungguh rasa tak melawat blog nie…ha..50 tahun akan datang..mungkin tak sempat kut…makin dekat jea rasa kita nie yea
Somehow i missed the point. Probably lost in translation
Anyway … nice blog to visit.
cheers, Banqueter!!