Gempa, DSAI- Anwar Ibrahim dituduh sebagai homoseks lagi. Tak cukup dengan Tun Dr Mahathir, kini Dato Najib pula. Tahun ini merupakan tahun yang paling menarik di mana dapat kita lihat antara 2 Timbalan Perdana Menteri, yang mana lebih bijak dalam menangani hal peribadi yang dipersoalkan hingga ke peringkat nasional. Tahniah buat parti Barisan Nasional kerana berjaya melalaikan rakyat Malaysia daripada bahana yang lebih besar, lebih celaka yang bakal melanda. Kini kita sibuk dengan kisah Anwar, kisah Najib, Altantuya dan kisah Cuepacs. Sedar tak sedar, iklim politik dan ekonomi dunia yang semakin teruk kurang disedari rakyat Malaysia. Mengapa saya kata begini? Kerana jika kita lihat di dada-dada akhbar, muka depan tak lain tak bukan kes Anwar atau Najib. Bukan kes harga minyak yang bakal mencecah USD240 akhir tahun ni juga bukan mengenai pengecutan nilai matawang AS ataupun pengecutan nilai Ringgit akibat 7% inflasi tetapi hal-hal yang langsung kurang faedahnya terhadap gaya hidup masyarakat. Persoalannya, adakah masyarakat Malaysia bersedia menghadapi tekanan kenaikan harga minyak, kos bahan mentah yang berlipat kali ganda, harga beras yang berkemungkinan naik 120-150% penghujung tahun ini? Harapan, agar ada yang sedar mengenai taktik kotor pihak berkenaan (tak kira pembangkang mahupun kerajaan) yang mencabul minda masyarakat melalui media akhbar dan televisyen.
Apa-apa pun, kebenaran akan muncul jua akhirnya.. Nantikan kehadirannya dengan penuh sabar dan tabah bagi pihak yang benar..Bagi mereka yang berjaya menutup bangkai, sedarlah bahawa itu hanya sementara. Lalat ada di mana-mana..Heheh..





