Akademi Fantasia, GangStarz, Akademi Nasyid, So u THink u can dance..Semua terletak di bawah satu kategori, iaitu realiti tv. Telah terbukti , antara kesemua reliti tv yang diterbitkan dan dipaparkan di Malaysia ini lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Setuju atau tidak, anda semua boleh nilaikan. Jika 10 tahun dahulu, kanak-kanak lebih cenderung untuk menjawab “Nak jadik Dokter” atau “Nak jadik Jurutera”, namun kini kita dapat dengar bahawa jawapan mereka adalah samaada untuk menjadi artis “macam kakak Amelia” atau “nak masuk AF, nanti ramai peminat”.
Jadi, bagaimana pendapat anda sebagai golongan belia dan dewasa mengenai kecenderungan yang membimbangkan ini? Adakah anda bersetuju dan merasakan bangga jika anak-anak dara / teruna anda kelak menjadi sebutan ramai kerana berjaya merangkul trofi(yang harganya tak seberapa itu) ?….;walaupun menang rumah dan sejumlah wang tunai, adakah ianya sama nilainya dengan ilmu sebagai seorang doktor/jurutera/guru mahupun ahli akademik? JAWAB sendiri..
Bertambah dahsyat lagi apabila rancangan realiti tv ini dijadikan salah satu cara dalam berpolitik dan pemerintahan. Kita dapat lihat sekarang, perlbagai pengumuman/dasar yang digubah dengan tujuan populis berbanding untuk kemaslahatan rakyat semata-mata. Contoh termudah, kisah Anwar Ibrahim..
10 tahun lepas,beliau dituduh..2008, sekali lagi dan oleh individu berlainan. Kuasa yang ada pada tampuk pemerintahan telah berjaya menukarkan program Berita Terkini, Malaysia Hari Ini, Berita Jam 10 sebagai satu platform untuk memaparkan kisah hidup para menteri, cerita Parlimen yang mana penuh dengan kata-kata kesat dan tohmahan, dan tak salah jika saya katakan bahawa itu adalah pengaruh/kesan reliti tv. Tengok berita pun ada sms sekarang, kan? “Adakah anda setuju bahawa bla..bla..bla..Sms ke xxxxx untuk jawapan anda”..Kelakar kan? Inilah Malaysiaku gemilang,negara cemerlang…Tahniah buat semua!





