mat rempit, jalanan dan bohs!a.. berikut adalah senarai filem yang memaparkan kisah-kisah mat rempit, perempuan melayu bangsat digelar cikaro, perjudian mempertaruhkan maruah, dan lain-lain yang senagkatan dengannya :
1- kl menjerit
2-kl menjerit lagi
3-rempit
4-rempit vs impak maksima(bersiri di tv)
5-bohs!a..jangan pilih jalan hitam..
6-kl drift
berikut pula adalah komen pengarah filem ke-5 mengenai filem arahannya :
“Syamsul harap penonton dapat manfaat.
“Saya tidak mengatakan pendapat mereka salah kerana kita semua mempunyai pandangan sendiri. Bagaimanapun, saya hanya cuba menjalankan tanggung jawab sosial saya dengan memaparkan kebenaran yang berlaku dalam masyarakat. Takkan kita hendak menyembunyi sesuatu yang benar-benar berlaku? Lambat laun perkara itu akan terdedah juga.
“Jadi, saya mengarahkan filem ini sebagai ingatan kepada semua. Ibu bapa yang menontonnya pasti tidak mahu perkara serupa menimpa anak-anak. Begitu juga abang atau kakak yang enggan melihat insiden sebegitu terjadi pada adik masing-masing. Jadi, Bohsia bukanlah dihasilkan dengan niat mengeksploitasi kehidupan kelompok mat dan minah rempit, sebaliknya menjadi pengajar berguna buat semua. Saya menghasilkannya kerana saya yakin, ia penuh dengan pengajaran moral,” tegas Syamsul.”Bukan saya ingin mengagungkan kehidupan kelompok terbabit, tetapi kisahnya boleh kita teladani bersama. Apa yang buruk kita jauhkan,” <-ihsan BH
Jadi, pada fikiran penulis.. Penulis tak ingin anak-anak penulis nanti main dadah, crystal & meth, ataupun kokaina.. Maka, apakah perlu penulis pergi ke ‘pot-pot’ mat gian ini dan menyaksikannya dengan jelas sebelum mendapatkan pengajarannya?Kalau begitulah kata Syamsul, mengapa tidak dibuat sekali filem yang memaparkan gayahidup g4y, p0nd4n, dan m4k ny4h ? tunjuk laa sekali part ‘ringan-ringan’ hubungan sejenis mereka dan diertontonkan kepada masyarakat agar masyarakat mendapat iktibar? Isu ni pun sebenarnya banyak sangat yang berlaku dan ramai lagi orang yang tak tahu. Tapi mengapa mengambil langkah populis dengan filem ala-ala rempit? Mentang-mentanglah filem berunsur ini berkutipan besar di pawagan, jadi kau pun ambil lah keputusan menghasilkan filem ini?
Nah, ambillah ‘ubat’ kepada rakyat Malaysia dan kerajaan yang kini pening memikirkan solusi kepada permasalahan sosial yang kini dipandang hebat oleh anak muda kita. Inilah pendidikan melalui media yang dibangga-banggakan kerajaan dan sekelompok besar penduduk Malaysia. Tahniah, semoga lepas ni keluarga dan sanak saudara kau orang pula yang menjadi mangsa mat rempit! Aminn…
Takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh ketika diragut mat motor.
p/s-> Kalau aku berbahasa bodoh dan sengal, engkau marah. Tapi nak buat macam mana, engkau mengambil langkah sebagai orang yang bodoh dan sengal. maka selayaknya engkau dipanggil begitu.






sokong ape yang diperkatakan oleh samsul.
whatever,family most important to know what the activities their sons and daughters. hope samsul akan terus berjaya and bagi remaje fikir-fikirla…
hidup hanya sekali gunalah sebaik mungkin.
semoga Allah lindungi mereka serta bukakan hati.
insaflah………….