“Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”
# 1 : Apabila terlalu marahkan nyamuk yang tak henti-henti menggigit walaupun telah dipasang kelambu, maka seseorang itu akan membakar kelambu dengan harapan bahawa nyamuk tersebut turut terbakar; atau nyamuk tersebut lari dan tak gigit ia lagi. Pepatah ini cukup popular, bagi menggambarkan keadaan di mana, disebabkan timbul suatu masalah kecil, kita ambil tindakan drastik yang terburu-buru, hingga menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri.
# 2 : Apabila seseorang itu berpasangan dengan orang lain, tapi atas sebab-sebab tertentu mereka lambat disatukan maka salah seorang akan mensabotaj perhubungan itu kerana terlalu geram/marah dengan harapan(atau alasan) 1)agar perhubungan itu terputus ; 2)agar dapat mengenjoykan diri tanpa mengira sensiviti 3)agar mereka dapat juga bersatu w/pun salah satu pihak tidak redha<-memaksa keadaan
# 3 : Apabila sedang asyik memandu di jalan raya, tiba-tiba terdapat pengguna jalan raya lain yang berlaku songsang (atau berlaku kecibaian dalam bahasa kasarnya), dek kerana marahkan perlakuan pengguna tersebut maka kita mengejar mereka 1)tanpa melihat bahawa kereta kita tak setanding kereta merka(kancil vs wira) 2)tanpa menyedari bahawa terdapat perangkap had laju di situ. Akhirnya, tersaman oleh abang polis ataupun kerosakan berlaku kepada enjin.
Persoalan : Adakah nyamuk itu memang diciptakan untuk dimaki, dicaci..dan dijadikan alasan untuk membakar kelambu? Tak ramai yang nak fikirkan. Ramai yang nak terjun terus kepada reaksi. Reaksi tak mesti memberi pulangan positif. Kadangkala, it backfires you.



