Salam,
I will not be able to make a posting each day from now on as I’m swamped with my projects. Don’t worry, it’ll be over soon.
However, I’ll not close down this blog. I’ll also make sure there’s at least 1 post each / 3 days. I’ll try to bring in quality post. Hope those who has something in mind to say about their hometown/state politics please let me know.
Please click on the RSS button “feed on Posts” on the top right corner of this page.
Regards,
Amankim






“ETEMS”PERLU KEMBALIKAN KEPADA BAHASA ASAL ?
Di sini saya rasa terpanggil untuk bersama-sama kita memberi sumbangan dan seberapa komen yang terpendam dalam diri saya dan diri tuan/puan berkaitan isu Matapelajaran Math&Science ini.
Adakah program ini berjalan dengan jayanya? Bagaimana keputusan SPM baru-baru ini boleh menjamin program berjaya?Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk disampaikan kepada umum yang sekarang ini penilaian sesuatu program berjaya atau tidak.Bukan sekadar melihat kepada keputusan peperiksaan sahaja kerana Pihak Lembaga Peperiksaan sendiri dapat menilai tahap sebenar pelajar-pelajar di Malaysia ini.Dengan itu sistem pendidikan di Malaysia sekarang lebih mementingkan peperiksaan, sehinggakan terlupa penerapan nilai-nilai murni.Pelajar hanya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja, semua pelajar tahu dan hafal segala isi-isi penting Keruntuhan Akhlak Remaja tetapi adakah pelajar itu dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian?Kalau adapun hanya 30% sahaja yang sedar perkara itu berlaku.
Berbalik kepada ETEMS tadi.Apakah perasaan seorang pendidik jika dia tidak dapat menyampaikan ilmu dengan sempurna?.Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan sendiri.Hari-hari kita dapat mendengar keluhan daripada guru-guru yang mengajar.”susahlah diorang tak faham”.Disini kita dapat menyatakan dalam dua situasi,samaada guru yang tak faham atau pelajarnya?
Pertama,kita lihat pada guru dahulu.Sebelum mengajar seorang guru itu mestilah bersedia dari segi mental dan fizikalnya berhadapan dengan pelajarnya.Jika guru itu tidak bersedia dan tidak membuat persiapan awal pasti apa yang ingin disampaikan kepada pelajarnya gagal.Apabila keadaan ini berlaku guru akan menyalahkan pelajarnya.”Apala korang ni..x paham aku cakap”.Dengan ini guru yang menjadi mangsa tersebut akan menyalahkan program(ETEMS) ini.
Kedua,pelajar yang menerima ilmu dari guru.Jika seseorang pelajar itu kurang berminat dengan matapelajaran ETEMS maka dia mudah berasa bosan,walaupun guru yang mengajar itu adalah yang terbaik.Pelbagai konsep telah digunapakai oleh guru namun sikap pelajar tersebut masih sama.Jika disekolah menengah mungkin masalah itu kurang tetapi apabila disekolah rendah ini menjadi satu trauma kepada guru.Di Negara kita ini masih mempunyai ramai pelajar yang buta huruf.Bayangkan seorang guru telah berusaha dengan gigih agar pelajarnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Tetapi bukan mudah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar yang lemah.Mungkin disini kita tidak rasakan apa yang dirasa oleh setiap guru pada pelajarnya yang lemah.Mereka perlu dididik kerana mereka adalah pelajar yang hadir pada ketika itu.Mereka yang lemah ini kadang kala mudah tersinggung dengan sikap rakan sebaya yang selalu mempersendakan didalam bilik darjah.Guru tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada pelajar yang lemah walaupun dibantu oleh guru pemulihan.
Persoalannya adakah program ini releven bagi pelajar yang lemah ?Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk memantapkan lagi ETEMS ini jika tidak dimansuhkan.Adakah dengan sekadar menghabiskan berbilion ringgit dan hasilnya dapat dirasai oleh pembekal dan pihak pengurusan program ini? Mari kita fikir jika enam tahun dahulu kita belanjakan berbilion ringgit itu untuk memantapkan matematik dan sains dalam bahasa melayu.Kita mantapkan dahulu dan buat persedian yang rapi sebelum melaksanakan satu program.Ini umpama yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Jangan mudah membuat keputusan jika kita rasa mudah bagi kita tapi sebaliknya bagi pihak tertentu.Bukan mudah untuk kita memahami hajat dan kemahuan seseorang manusia.Diri sendiri boleh diubah,tetapi bagi individu tertentu mungkin tidak sama pendirianya..
wassalam
(aku yang lemah)
Salam,
Terima kasih atas respons dan kunjungan. Saya hargai. Terima kasih juga atas pandangan bernas saudara. InsyaAllah saya akan cuba menjawab/respons pada setiap isu yang saudara nyatakan. Maaf jika tidak sempurna, tapi saya mencuba.
Pertama sekali, mengenai sistem pendidikan Malaysia. Ya, saya juga tidak bersetuju dengan sistem pendidikan kita sekarang. Apa yang berlaku sekarang adalah, kita hanya mementingkan peperiksaan daripada aplikasi sebenar. Saya juga seperti saudara dan yang lain-lain, membesar di sini dan dididik di sekolah kebangsaan hinggalah tingkatan 3, seterusnya di universiti. (bukan mendabik dada). Apa yang saya alami tak kurang beza dengan saudara yang lain. Kita mementingkan peperiksaan. Kalau tak, masakan penulis buku soalan ramalan peperiksaan itu dan ini kaya. Saya juga mengeluh setiap kali mengambil peperiksaan, kerana bagi saya ianya tidak bermakna kerana jika kera di hutan pun disuruh hafal, nescaya cemerlanglah kera itu jika dia dapat hafal semua soalan dan jawapan. Itulah yang Menteri-menteri kita sibuk kata, “Mengikut Acuan Sendiri” . Malangnya, keluhan dan kegusaran di hati tak dapat memberikan apa-apa kesan jika berterusan begitu. Saya tidak berkuasa menentukan dasar pendidikan negara. Apa yang mampu sekarang ialah, ikut dan jaya. Ya, saya masih inginkan perubahan dalam sistem pendidikan dan insyaAllah saya akan berusaha lagi seleaps ini untuk generasi seterusnya. Tapi cara itu hanya jika saya menjadi orang atasan. Untuk itu, saya perlu ikut dahulu hingga berjaya. Jika saya menyalak sekarang pun, sudah tentu menteri-menteri itu akan berkata [B]“Dah ramai yang berjaya. kalau awak gagal, awaklah yang lembap”[/B] Nah, betul tak? Saya pernah membawakan isu ini di peringkat tinggi akademik, maka itulah jawapan bodoh yang diberikan.
Kedua, mengenai “Pelajar tak faham” atau “Guru yang tak faham”. Saya rasa tak salah jika saya nyatakan pandangan saya walaupun ianya kedengaran agak keras. Apa yang saya lihat selama saya membesar di Malaysia adalah, bagi kaum Melayu jika mereka lihat anak mereka tidak pandai belajar atau bebal (maaf, ayat keras. kenyataan, telan walau pahit) , ibu bapa masih lagi menghantar mereka ke sekolah. Ibu bapa masih lagi menaruhkan harapan kepada anak mereka agar hendaknya satu hari nanti anak mereka mendapat Nur yang akan membolehkan anak tersebut skor 20A dalam SPM. Pandangan saya, mentaliti ini kurang dapat diterima. Tidak semua orang dilahirkan dengan otak yang bijak dan pandai. Ada yang dilahirkan dengan bakat tersendiri. Tak mesti dia tak pandai matematik, maka hidupnya berakhir. Kita lihat masyarakat Cina. Rata-rata ibu bapa daripada kaum ini mempunyai visi yang jelas dan nyata berbanding kebanyakan Melayu. Mereka juga kaum yang “BERANI”. Apa yang saya maksudkan berani di sini adalah jika mereka lihat anak mereka tidak mahu belajar/bebal, mereka tak akan paksa anak mereka meneruskan pelajaran; tetapi cukuplah sekadar tahu mengira dan membaca. Sebaliknya jika anak mereka bebal, mereka akan menyuruh dan memaksa anak merka meneruskan hidup dengan membuat perkara yang anak mereka suka/gemar/ ada bakat semulajadi. Jika anak mereka gemar bermain enjin, mereka suruh anak mereka kerja di bengkel walaupun seawal usia 13 tahun. Kita lihat pada usia anak tadi di usia 25 tahun. Tentunya dia sudah mempunyai perusahaan bengkel sendiri. Saya bercampur rapat dengan teman Cina, saya dah lihat ramai yang seusia saya mempunyai bengkel, restoran mahupun premis sendiri untuk disewakan. Lihatlah, adalah kita(Melayu) seberani ini? Ibu bapa kaum Cina sangat berpandangan jauh. Kita belajar yang baik ini daripada mereka.
Seterusnya, ETEMS. Apa yang perlu kita buat sekarang? Memandangkan berbillion sudah dilabur suatu ketika dahulu, tak guna jika kita melihat kembakli dan menyesalinya. cadangan saya, kita mantapkan lagi ETEMS ni. Saya faham, bukan mudah untuk berubah. Apatah lagi nak merubah orang. Tapi apa yang cuba Tun lakukan dahulu bukan setakat mahu merubah orang, tetapi mahu mengubah MENTALITI. Tengok, kan dari dulu lagi sebenarnya pembangunan Modal Insan itu sendiri telah dilukis. Kehadiran Pak Lah pula untuk mewarnainya agar lebih menarik dan berkesan. Jika kita masih berfikir untuk memansuhkannya, maka membazirlah apa yang telah dilaburkan selama ini. Harus diingat, untuk berpatah kembali ke asal (BM Sains dan Mate) juga melibatkan wang. Jadi, apa kata kita memaksa anak-anak kita untuk meneruskan sistem ETEMS. Jika mereka mengeluh dan kritik, usah kita setuju. Sebaiknya kita bantu mereka, atau jika tak mampu bantu kita bidas mereka. Beritahulah mereka bahawa betepa untungnya mereka kerana pada zaman kita dahulu tiada pembelajaran sebaik ini.
Sekian, terima kasih.
Thanks bro..inteligent idea..keep-up ur work..ur will success for everthing what u did better..
InsyaAllah, maaf kalau ada apa-apa yang menyinggung. Sekadar meluahkan rasa dan buah fikiran. Saya juga insan lemah.
Salam..Cuba alihkan pada masalah “rotan” yang hangat diperkatakan sehari dua ini.(Ro=rotan T=takut A=anak N=nakal)
Adakah rotan ini masih releven digunakan di sekolah? semalam kita lihat undian sms tv3 malam tadi yang mana menunjukkan 68% setuju rotan wajar digunakan disekolah.
Sekarang ini hebat diperkatakan juga masalah Keruntuhan Akhlak Remaja kita yang mana peringkat umurnya telah semakin menurun,dulu remaja yang belasan tahun keatas, sekarang ini budak yang berumur 9 tahun keataspun telah terjebat kedalam kancah tidak sihat ini .Dimana silapnya ?..Kurang pendidikan agama?nilai murni yang rendah,sikap ibubapa itu sendiri atau sebagainya.
Berbalik kepada rotan tadi.Jika hukuman rotan dijatuhkan pada seorang pelajar didalam kelasnya.Berapa peratuskah pelajar itu akan berubah jika maruahnya tergadai kerana dirotan dikhalayak rakan kelasnya.Tetapi jika tiada pengajaran untuknya berapa peratuskah lagi rakan-rakan yang lain akan mengikut jejak-langkahnya ?Dimanakah satu keadilan yang harus dituntut apabila berlaku masalah ini.Hendak disalahkan cara guru atau muridnya.?
Berbalik pula kepada konsep 3p yang dibawa oleh pihak kaunseling.Puji,pujuk dan psikologi.Adakah cara ini juga dapat membantu pelajar yang bermasalah.?Didalam pendidikan awal 80an dulu saya tidak dapat rasa pujian atau kata semangat oleh guru tetapi apa yang kita ingat ialah amaran keras serta penyepak penampar yang masih terngiang-ngiang ditelinga kita.Kita telalu takut dan hormat pada guru ketika itu.Tetapi sebaliknya pelajar sekarang.Jika sesuatu berlaku keatasnya maka terjadilah dendam kesumat,kereta cikgu dicalar,rumah cikgu dibaling batu,dan bermacam-macam vandalisme yang berlaku.
Mari kita kongsi pendapat ini..masih terbelenggu dengan masalah yang sama dan ini adalah modal insan yang akan memimpin negara nanti..
Salam.
Baiklah, saya cuba nyatakan pandangan saya yang terbaik. Pertama adalah mengenai isu gejala negatif yang melanda kanak-kanak seawal usia 9 tahun. Pendapat saya, ada beberapa faktor yang mendorong ke arah perkara ini.
a) Keluarga. Kadar pertumbuhan kanak-kanak banyak dipengaruhi keadaan keluarga. Walaupun ada yang mengatakan masa yang terluang bersama rakan di sekolah lebih banyak daripada di rumah, tetapi bagi saya ibu bapa tetap merupakan golongan berpengaruh kepada anak-anak. Pengaruh yang positif hendaklah ditumpukan kepada anak-anak seawal usia 4 tahun di mana mereka sudah mula mengerti akan bahasa percakapan dan mengenal perasaan. Jika pada usia 4-6 tahun anak-anak gagal diterapkan dengan nilai-nilai murni oleh penjaga, mungkin anak-anak itu lebih mudah terikut-ikut dengan faktor persekitaran yang negatif. Masalah yang melanda institusi kekluargaan yang saya nampak jelas ketika ini adalah kebanyakan ibu bapa kurang mahir mendidik, kurang meluangkan masa bersama mereka, dan kurang memberi penekanan aspek kehidupan yang kritikal masa kini. Maksud saya untuk masalah ketiga tersebut adalah timbul hanya pada zaman kini. Dahulu, cabaran tidak seperti kini. Media merupakan antara pengaruh kuat terhadap minda anak-anak. Jika ibu bapa tidak memantau atau pun gagal memberi penjelasan tentang perkara negatif dan kesan-kesannya terhadap masa depan(anak-anak), mereka lebih ‘prone’ untuk terpengaruh dan terikut-ikut (walaupun sesudah mereka dewasa. Ini kerana minda mereka pada usia anak-anak masih belum dapat menilai dengan sempurna. Remaja sekalipun, masih gagal menilai dengan baik kerana faktor kurang pengalaman, degil dan ketidakseimbangan hormon. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengawal apa yang BOLEH dikawal.
b) Agama. Sedalam mana pun ilmu agama jika tidak dihayati, maka selagi itulah nafsu dan emosi gagal dibendung. Apa yang dapat ibu bapa lakukan adalah memberi contoh terbaik dari segi amalan dan kefahaman agama. Benar, Iman itu tak dapat diwarisi. tetapi sekurang-kurangnya mencuba. Mencuba itu jauh lebih baik daripada tidak mencuba. Ramai yang ‘rosak itu tidak mendapat pendidikan agama yang cukup, ada yang cukup tapi tidak menghayati, dan tidak takut (terhadap balasan). Sekali lagi ibu bapa, keluarga dan para guru berperanan besar dalam hal ini. Kita tak boleh harapkan sekolah agama/ mata pelajaran agama sahaj untuk mendidik anak-anak itu. Kalau itu sudah mencukupi, tak perlulah ada ibu bapa. Lahir sahaja anak itu, hantarkan ke sekolah pondok untuk dia membersar di sana. Realitinya, isu pendidikan dan penghayatan agama ini terlalu besar untuk saya kupas. Apa yang saya nyatakan di sini, adalah sebagai asas sahaja (mengikut hemah saya)..
c) Rezeki. ibu bapa lagi. Saudara tentu maklum bahawa dunia akhir zaman ni dipenuhi debu-debu riba dan yang haram. Rezeki yang haram menjurus kepada gelapnya hati. kalau hati gelap, bagaimana nak dapat hidayah/nur? (melainkan memang insan pilihan). Oleh itu, ibu bapa/penjaga harus memastikan rezeki yang disuap ke mulut anak-anak itu adalah dari sumber yang halal.
==========================================
Kedua, mengenai rotan. Hemah saya, rotan sesuai digunakan. Seperti yang saudara katakan tadi, jika mereka dimalukan di hadapan rakan mereka, mungkin yang lain tidak akan mengikut jejak langkah mereka (yang menimbulkan masalah). Jika ada pun, tidaklah sebanyak jika rotan tidak dilaksanakan. Dahulu, murid cukup takut dengan guru. Tapi dalam takut ada rasa hormat. Saya pernah bersua dengan bekas guru ayahanda saya. Ayah pernah cakap, “dulu cikgu tu paling garang. kalau tak kena rotan, tak sah”. Dalam ayatnya itu, bagaikan tersembunyi perasaan tidak gemar terhadap guru tersebut. Tapi kini jika ayah jumpa kembali guru tersebut, maka dia akan menegur dan melayan dengan sebaiknya. Itu kelebihan guru dahulu. Dalam benci, ada sayang ; Dalam rotan, ada pengajaran..
Bagi saya, guru dahulu begitu dihormati dan digeruni kerana bagi murid dan ibu bapa (generasi itu), guru sebagai bapa, ibu, malahan idola/contoh terbaik. Walaupun guru tersebut tersilap merotan dengan tidak sengaja, ibu bapa tetap di pihak guru.
Berbeza kini, murid pantang disentuh. Jangankan nak menampar, jentik pun tak boleh. Jika guru boleh merotan/menampar murid, saya sokong. Kerana bagi saya guru itu adalah pengganti saya ketika saya tiada. Guru itu memang ikhlas hendak mendidik anak saya.
Tapi….jangan kita lupa…
Guru dahulu dan sekarang pun berbeza. dahulu, profesion perguruan dipilih pleh mereka yang SEMUANYA bertujuan mendidik dan menyumbangkan ilmu kepada masyarakat. Berbeza dengan situasi sekarang, kerjaya guru adalah ibarat ‘playsafe’ kepada majoriti guru yang ada. Ramai yang memilih menjadi guru untuk berada di zon selamat, akibat kekurangan peluang pekerjaan atau ‘last resort’. Mereka inilah yang kebanyakannya merosakkan keharmonian dan kesucian jenama “Guru” itu sendiri. Saya juga percaya, ramai graduan univesiti yang jobless memilih menjadi guru kerana ingin cari jalan mudah.
Untuk kes ini, saya masih belum jumpa jalan penyelesaian. Mungkin dengan mengadakan Personality test kepada sesiapa yang ingin menjadi guru dapat mengasingkan antara ‘guru sebanar’ dan ‘guru biasa’.
Mungkin kita perlukan satu rangka kerja/jawatankuasa yang fungsinya khas untuk menilai tentang sistem perguruan kita dan juga menghasilkan penyelesaian terhadap permasalah ini.
Saya rasa, kita perlu melahirkan guru yang sebenar sebelum melarang ibu bapa/penjaga menyaman atau mendakwa guru di sekolah-sekolah..
Sekian dahulu untuk masa ini. ..
Salam..rasa boring juga jika kepala otak tidak berfikir..asyik2 pasal politik…dah dapat tadbir,rancang dan laksana…hasil ??????banyak yang haprak…
Kepala otak ini sentiasa berfikir,manakah perjuagan politik yang betul?Nak kata kerajaan tak betul tidak boleh juga,nak kata pembangkang betul tak jugak.
Semua ini menjadi teka-teki.Fanatik sangatkan susah.Kalau diam pula, orang kata tidak ada pendirian.Mana arah tuju yang sebenarnya.Berada ditengah-tengah pun jadi pening pulak,banyak pilihan.yang nie offer yang tu pun offer.
Kenapa masih 30% rakyat tidak mengundi yea..mungkin jadi pening akibat berada ditengah-tengah.Tahu tanggungjawab tapi tidak dilaksana.Tidak berapa faham sangat kedudukan spesis ni.Semua benda tidak kisah bagi golongan ini.
Boleh senarai tak selain dari spesis ini.? PUNK?MAKYAH?PELACUR?BISNESMAN YANG ADA DUIT 10 BILLION?SAKIT TENAT KAT WAD?OUT STATION OVERSEA?MAJNUM?JAGA MALAM?KAKI TIDO?TAHANAN ISA?
p/s =cuba belajar pikir pasal POLITIK….
Salam..
Sekarang ni takde sape2 yang maksum. Even ulamak pun,kadang2 tersasul; apatah lagi ahli politik yang ‘biasa2′ je.
Sebab tu saya cakap, tak boleh fanatik sgt dengan mana2 pihak. Jangan telan je apa yang di hulur. Tengok dulu. Tak berdosa pun kalau duduk tengah,tapi kalau dah sampai tak mengundi tu dah kira mengarut laa.
Buat keputusan, walaupun susah. Betul, lagi byk tau pasal politik lagi pening kepala sebab tak tau yang mana betul. Pada saya, anggap laa kita dah beriktiqad semasa mengundi tu. Semoga yang dipangkah tu betul perjuangannya. Kalau tersasul juga, harap2 tak berdosa. Saya ni bukan terer sangat pun, dapat menduga orang.
Kita kena faham, “sedangkan pantai kan berubah, apa lagi hati manusia.” .. Tapi kita doa2lah agar calon yang bagus tu diberi kemenangan..
Sekian..
PM 6?
Siapakah calon-calon yang layak untuk jawatan PM 6 ?
1)Pak Lah ?
Bukan,, sebab yang keenam la.
2) Najib ?
Boleh jadi..tapi kata banyak kes songlap dan kes hantu tu ya..,betul ke?
3) Muhyidin Yasin ?
Ok gak ..Tapi mcm tak popular jea..
4) Mat Taib ?
Oraite..Dulu rasa ade kes duit gak..
5) Ku-li ?
Jauh sekali…sebab takut musang tak dapat makan pulak..
6) MR X..
yang nie jadi teka-teki …
Siapakah MR X yang dalam UMNO sesuai untuk jawatan PM 6 ini?.Siapakah layak mari kita pikirkan calon yang sesuai Dan nyatakan sebab-sebabnya MR x layak jadi PM 6
MR x = ________________
Pendapat : Muhyiddin Yasin…Bukan Hisyamuddin, sebab mudah mengalah pada puak Cher..
Muhyiddin so far, paling NAMPAK bersih..bawah bantal tak tau, dan tak kesah. asalkan adil terhadap rakyat..oh yeaH~