Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘tuan guru’


Kisah 1 :

Isu ladang babi yang tak habis-habis diisukan ‘Media’. Pandangan : BA dan BN 2×5. BA; cadangan untuk buat ladang yang ikut spesifikasi tak mencemarkan alam tu bagus. Plan untuk guna teknologi Jerman tu diyakini tak mencemarkan alam. Tapi, mengapa sampai 100 juta? Cukuplah kalau bekalan daripada ladang tu cukup-cukup untuk tampung keperluan pengguna Malaysia. Takkan kerajaan Selangor nak jadi hub eksport daging babi untuk rantau Asia tenggara? BN; tak berhenti jadikan ini sebagai isu besar. Tak salah nak tegur, tapi cara tegur tu dah nampak macam cubaan memburuk-burukkan parti pembangkang. Tak puas hati barangkali.

Kisah 2 :

Suffiah tak mahu diselamatkan dan Menteri JPM(Zaid) menghentikan cubaan menyelamat. Nampaknya, ramai yang berpendapat seperti penulis. Kalau masih tak percaya, baca posting penulis berkenaan ini dan belek akhbar tempatan di ruangan surat pembaca. Lihat, berapa ramai yang masih mahu menyelamatkan Suffiah.

Kisah 3 :

“KLIA : Selamat dan cekap? “. Minggu lepas masih ada rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok(kalau tak silap) kerana dakwaan menyeludup dadah. Dia terbang dari KLIA. Berapa banyak dah kes penumpang dari KLIA yang kedapatan di lapangan terbang lain akbat menyeludup dadah? Kalau Anwar boleh ditahan, mengapa tidak penyeludup dadah? Walaupun dadah tu ‘tak nampak’ , tapi macam mana kat airport oversea boleh kena tangkap?

Kemudian, mengenai kes rompakan di KLIA. Berat, nasib baik kerajaan bijak mengawal media untuk tak memburuk-burukkan pengurusan KLIA. Harap-harap KLIA lebih selamat selepas ini.

Kisah 4 :

UMNO, Pak Lah, Najib dan Anwar. Minggu lepas sibuk cerita pasal ‘peralihan kuasa’, namun penghujungnya baru timbul isu ‘pembaikpulihan parti’. Alangkah bagus kalau daripada awal Pak Lah tak cerita dulu tentang peralihan kuasa. Masa tu, nampak seolah-olah Najib gembira tak sabar-sabar nak menggantikan Pak Lah. Anawar pula semakin ‘hebat’ berkempen dan semakin hangat kisah(penyokong) beliau(ingin beliau) menggantikan Pak Lah. Sejauh mana kehebatan Anwar untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, kita lihat. Doa dan berharap agar Malaysia kekal aman dan tenteram.

Kisah 5 :

Isu negara Islam. Wah, nampaknya semakin huru hara pakatan rakyat kelihatan di ‘media’. Apa yang berlaku sebenarnya, masih samar-samar. Apa yang penulis tahu adalah, penulis menyokong dasar PAS untuk mewujudkan negara Islam. Biarlah walaupun tidak dapat tukar status tu di Perlembagaan, namun harap-harap hukuman hudud, qisas dan takzir dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Terasa bengang juga bila terdengar ‘sok-sek’ tentang ada parti/kumpulan yang tak mahu pelaksanaan negara Islam. Entah apa yang buruk tentang Islam di mata mereka, penulis pun tak pasti sangat. Apa yang penulis pasti dan berani cakap, semua yang bising-bising tak mahu negara Islam tu melabur juga dalam perbankan Islam. Malah mereka lebih suka perbankan Islam dan ada yang lebih arif tentangnya kalau dibandingkan dengan umat Islam tu sendiri (penulis pun kurang arif juga..huhu).

Mungkin mereka bimbang kasino di Genting tutup, kilang minum di Shah Alam bungkus, dan Along balik kampung tanam jagung. Tapi penulis yakin, ada juga kaum bukan Muslim yang percaya dengan sistem negara Islam.

Kalau ada pembaca yang tak puas hati, sila pergi Kelantan sendiri dan nilai apa yang tak baik tentang Kelantan. Bak kata Tuan Guru kepada Karpal Singh, “Mari Kelate, tengok hok mane tak kena. Tambang, penginapan sume kawe sapot deh. Mu tanya samo buke Melayu, demo tu susoh ke dok Kelate ni” ..(“Datang ke Kelantan, Tambang dan penginapan saya bayar. Anda datang dan tanya pada kaum bukan Melayu/bukan Muslim. Tengok, adakah mereka sengsara di bawah kerajaan Islam Kelantan”)

Sekian dahulu.;;

Read Full Post »